Jom Buat Wasiat dan Hibah secara Mudah! Whatsapp FairuzRamli 0134555888 sekarang!

Mymirath Amanah

Mymirath Amanah

Mymirath Amanah
Mymirath Amanah


Apakah pelan mymirath amanah ni? Pelan ini adalah pelan yang mempunyai wasiat, hibah dan surat ikatan amanah dalam satu pakej. Boleh dikatakan pelan ini lengkap dan kuat di Mypusaka.

Apa wasiat, hibah dan surat ikatan amanah?

Wasiat = dokumen pesanan pembahagian harta pusaka
Hibah = dokumen pemberian harta secara hibah
Surat Ikatan Amanah = dokumen mengikat individu untuk melaksanakan arahan berkaitan harta khususnya tanggungjawab ke atas waris penerima harta tersebut. Jika tidak dilaksanakan, individu tersebut telah melakukan pecah amanah dan boleh dijatuhkan hukuman sivil. Anda boleh buat laporan polis atas individu tersebut.

Siapa yang perlukan pelan mymirath amanah ni?

Bukan semua seorang memerlukan pelan mymirath amanah ni. Ya, anda perlukan hibah tapi tak semestinya anda perlukan surat ikatan amanah. Jadi macam mana nak tau saya perlu atau tak perlu mymirath amanah ni?



Mymirath amanah untuk anak bawah 18 tahun
Mymirath amanah untuk anak bawah 18 tahun

1) Anda mempunyai anak di bawah 18 tahun. Disebabkan penerima hibah tidak boleh buat dokumen  hibah, maka biasanya ibu akan menjadi wakil untuk terima hibah tersebut. Seterusnya, ibu diikat dengan surat ikatan amanah untuk melaksanakan pembahagian, contohnya apabila mencapai umur 18 tahun ke atas, ibu bertanggungjawab untuk menukar hakmilik rumah kepada anak-anak.

mymirath amanah untuk anak OKU
mymirath amanah untuk anak OKU
2) Anda mempunyai anak kelainan upaya (OKU). Di mana, biasanya ibu diberi hibah harta tertentu tapi diikat supaya duit sewa rumah atau dividen suatu pelaburan digunakan untuk menyara hidup anak kelainan upaya tersebut.


Apa fungsi surat ikatan amanah?

Surat Ikatan Amanah Mypusaka
Surat Ikatan Amanah Mypusaka
- Mengikat individu untuk menukar hakmilik harta kepada waris apabila waris capai umur 18 tahun ke atas.
- Mengikat individu untuk menjaga harta dan tidak menjualkan harta tersebut bagi pihak waris bawah umur atau waris OKU.
- Mengikat individu untuk mengagihkan hasil, sewa, dividen, keuntungan kepada waris bawah umur atau waris OKU.

Nampak tak kepentingan pelan mymirath amanah? Pelan mymirath amanah sangat membantu dalam mengunci dan mengikat secara undang-undang, tanggungjawab seorang individu untuk melaksanakan hasrat pemilik harta.

Bukan bermaksud, pemilik harta tidak percaya kepada penerima hibah, tapi dengan pemberian surat ikatan amanah ini memberi kuasa dan hitam putih untuk individu yang diikat ini melaksanakan tanggungjawab tanpa dipersoalkan oleh pihak lain yang tidak percaya. Katakan ibu saudara yang dilantik untuk melaksanakan surat ikatan amanah. Mungkin saudara mara lain buruk sangka kepada ibu saudara ini. Jadi dengan adanya surat ikatan amanah ini, semua orang jelas dengan arahan dan takkan persoalkan lagi.

Adakah anda memerlukan mymirath amanah? Jika ya, teruskan. Jangan semata-mata hibah sahaja kerana kes anda, dokumen hibah tidak mencukupi untuk melaksanakan hasrat anda. Mymirath amanah mampu memberi kelegaan untuk anda kerana selagi anda tidak membatalkan surat ikatan amanah ini, selagi itu individu tersebut terikat untuk melaksanakan arahan mahupun selepas kematian anda 10-30 tahun dari sekarang.
 


Berminat?

Ikuti Langkah Cara Buat Wasiat Hibah Secara Mudah <SINI>



Copyright © Mypusaka Wasiat Hibah Designed by azhafizah.com