Jom Buat Wasiat dan Hibah secara Mudah! Whatsapp FairuzRamli 0134555888 sekarang!

Cara Urus Masalah Pusaka Tanah Felda

Masalah Pusaka Tanah Felda

Tanah Pusaka Felda
Tanah Pusaka Felda


Ramai sebenarnya yang bertanyakan saya hal ini, namun saya nak maklumkan kepada semua, jika pemilik atau penama tanah Felda samada tunggal atau bersama, ini peluang anda untuk membuat hibah kepada waris anda awal awal kerana Tanah Felda sangat sangat mudah menjadi pertikaian antara waris berhak dan sekatan nama dalam geran tanah felda menjadikan isu ini berpanjangan dan tidak kesudahan.  Tanah Felda tertakluk Akta Tanah(Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dimana hanya ada satu nama sahaja sebagai Peneroka ganti.

Berikut adalah perkara penting dalam Akta Tanah berkaitan tanah Felda:

 a. Hanya seorang sahaja yang boleh mengambil alih pegangan tanah dan tanah itu tidak boleh dipegang secara bersama.

b. Kawasan pegangan tidak boleh dipecah sempadan.

c. Apabila berlaku kematian, hanya seorang penama sahaja yang boleh dilantik bagi
mengambil alih kawasan pegangan si mati.

Ada yang merajuk diri dan ada yang terus menguruskan tanah kerana adik beradik tidak hiraukan tanah felda. Isu sebenar ialah hasil tanah tersebut adalah TIDAK HALAL jika tidak diberikan mengikut hukum Faraid mengikut pembahagian waris yang berhak.

Baik, jika pemilik masih hidup, ini pilihan anda:

1- Tulis wasiat pemberian anda kepada siapa, namun masih boleh ditentang jika ada waris tak setuju. Hanya berkesan jika CONFIRM waris sepakat dan bermuafakat menerima pesanan arahan anda.
Jika ada yang TAK SETUJU, hukum faraid akan dilaksanakan. Di sinilah MASALAH bermula, tanah felda TAK BOLEH masuk semua nama! Pening...pening....

2- Buat dokumen sementara anda masih hidup. Dokumen hanya akan berkuat kuasa selepas anda meninggal. Tiada isu selepas kematian kerana semuanya ada hitam putih dan paling penting valid.

Jadi anda nampak tak apa solution untuk kes tanah pusaka felda?

Ya, kami ada solution terbaik.....

1- Jika anda mahukan pusaka Felda diberikan kepada seorang pemegang (nama waris akan dimasukkan sebagai pengganti anda), tak ada masalah dan lebih cepat dilaksanakan berbanding tiada dokumen hibah.

2- Jika anda mahukan pusaka Felda diberikan kepada seorang pemegang, kemudian hasil daripada ladang felda diberikan kepada waris waris yang lain samada samarata atau pecahan yang anda tentukan, anda boleh buat Surat Ikatan Amanah (Optional sahaja dan kos bertambah).

Apa Surat Ikatan Amanah ni?

Surat ini mengikat wakil waris (pentadbir) yang anda berikan tanah pusaka Felda tadi untuk menyerahkan hasil felda kepada waris waris yang lain (biasanya ibu dan adik beradik).

Apa kebaikan buat Surat Ikatan Amanah ni?

1- Mengikat waris (pentadbir) untuk menyerahkan hasil daripada Tanah Pusaka Felda kepada waris waris yang lain mengikut formula kehendak anda atau sama rata sahaja.

2- Waris yang diikat (pentadbir) boleh disaman mengikut undang undang kerana akan dianggap pecah amanah. Ya, boleh diheret ke mahkamah dan berat hukumannya.

3- Membolehkan pentadbir yang menguruskan ladang, duduk di rumah felda.

4- Membolehkan upah tetap (ujrah) diberikan kepada pentadbir.

5- Membolehkan pentadbir gantian dilantik selepas kematian pentadbir pertama.



Bagaimana? Ok tak solution tersebut?

Berminat?

Ikuti Langkah Cara Buat Wasiat Hibah Secara Mudah <SINI>














Copyright © Mypusaka Wasiat Hibah Designed by azhafizah.com