Jom Buat Wasiat dan Hibah secara Mudah! Whatsapp FairuzRamli 0134555888 sekarang!

Wasiyyah Shoppe Berhad

Wasiyyah Shoppe Berhad

Estate Planning Wasiyyah Shoppe
Estate Planning Wasiyyah Shoppe


Ramai bertanya apa sebenarnya Wasiyyah Shoppe? Adakah ia individu? Adakah ia syarikat?
Sebenarnya Wasiyyah Shoppe Berhad adalah sebuah syarikat yang fokus memberikan perkhidmatan pengurusan pusaka kepada umat islam di Malaysia. Ini melibatkan banyak perkara terutamanya wasiat, hibah, deklarasi harta sepencarian, surat ikatan amanah dan pengurusan pusaka untuk pelanggan Wasiyyah Shoppe.

Visi Korporat Wasiyyah Shoppe Berhad

Untuk menjadi syarikat perancangan dan pengurusan harta secara syariah yang utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan peribadi (Personalized Service) cemerlang dengan menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan mudah kepada masyarakat.

Misi Korporat Wasiyyah Shoppe

Memberikan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah yang KOMPREHENSIF dari segi undang-undang, PANTAS dari segi penyelesaian dan MUDAH dari segi proses dan kos kepada pelanggan dan waris.

Nilai Korporat Wasiyyah Shoppe

Bekerja kerana Allah S.W.T

    Wasiyyah Shoppe berpegang teguh kepada pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta secara Syariah pada hari ini adalah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dibuat tidak lain hanya semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh hambaNya yang ikhlas dan jujur.

Cekap dan Pantas

    Wasiyyah Shoppe akan meneruskan usaha melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas di samping bersaing dengan lebih sihat di pasaran tempatan dan global. Ini adalah jaminan mutu perkhidmatan terbaik yang akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe kepada semua pelanggannya.

Amanah

    Wasiyyah Shoppe mengambil pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh komited dan sempurna. Pastinya, Sebagai sebuah organisasi yang beroperasi sepenuhnya mengikut Konsep Syariah, amanah dari pelanggan adalah keutamaan kami.

Telus dan Tepat

    Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa semua pelanggan adalah individu yang bijaksana dari aspek membuat pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta. Bagi membolehkan pelanggan mampu membuat keputusan tepat, maklumat yang telus dan tepat akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe.

Cemerlang dalam Perkhidmatan Pelanggan

    Wasiyyah Shoppe percaya dan yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan ialah dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Wasiyyah Shoppe akan berusaha semaksima mungkin di dalam kapasitinya untuk mencapai matlamat ini.


Falsafah Perjuangan Wasiyyah Shoppe



Falsafah Pertama

    Wasiyyah Shoppe percaya bahawa apa yang dilakukan pada hari ini adalah untuk mendidik masyarakat Islam merancang harta pusaka mereka mengikut Kaedah Syariah sebagai satu usaha dakwah dalam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW berasaskan NAWAITU; SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT.Walaupun pada dasarnya apa yang diusahakan kini adalah satu perniagaan, namun Wasiyyah Shoppe berpegang kuat kepada keyakinan bahawa objektif penglibatan utama kami di dalam industri ini adalah menlangkaui nilai komersil iaitu mengejar keberkatan dan ganjaran 100 pahala mati syahid yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umatnya yang berjuang menegakkan Sunnah Rasulullah SAW


Falsafah Kedua

    Wasiyyah Shoppe berusaha keras untuk memastikan masyarakat Islam di Malaysia menerima mesej yang jelas tentang perancangan harta pusaka mereka iaitu; KAEDAH SYARIAH adalah satu-satunya PILIHAN YANG TERBAIK sebagai panduan yang diturunkan oleh ALLAH SWTmelalui RASULNYA. Setiap orang Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa manfaat duniawi dan ukhrawi akan menanti jika kita menjunjung seruanNya


Falsafah Ketiga

    Wasiyyah Shoppe juga percaya bahawa seruan menegakkan Sunnah Rasulullah SAW di dalam industri ini perlu disampaikan oleh organisasi yang dimiliki dan ditunjangi oleh Muslim yang berpegang kepada SYAHADAH serta mempunyai FIKRAH dan IKTIQAD jelas di dalam perjuangan mereka. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa perancangan harta pusaka secara Syariah tidak boleh dibuat di atas ‘KEPERLUAN’ semata-mata , tetapi mesti didasari oleh ‘AQIDAH’ dan ‘KEYAKINAN’ bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Oleh itu walaupun dikritik hebat dan dianggap ‘ortodok’ , Wasiyyah Shoppe hanya membuka peluang kepada orang Islam sahaja untuk membawa dan menyebarkan produk dan perkhidmatan ini ke dalam komuniti masyarakat Islam. Ini adalah kerana apa yang mereka bawa bukanlah ‘produk’ semata-mata tetapi satu usaha DAKWAH. Wasiyyah Shoppe memegang kuat konsep ‘dari orang Islam, untuk orang Islam’


Falsafah Keempat

    Wasiyyah Shoppe percaya bahawa harta pusaka yang diagih dengan cepat, tepat dan pada kos yang paling minima dapat memanfaatkan waris dan pemilik harta itu sendiri. Di Malaysia hari ini, KOS PENGURUSAN HARTA PUSAKA mencecah sehingga 5 % yang dikenakan kepada waris-waris bagi menguruskan harta pusaka si mati. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti kos buka fail, kos carian, kos guaman, kos cetakan dan pelbagai kos lain. Malah, dalam banyak situasi, pemilik harta semasa yang berkehendak membuat Wasiat, Hibah atau apa sahaja dokumen, mereka TIDAK DITERANGKAN dengan JELAS DAN TERPERINCI tentang kos pengurusan harta pusaka. Kadangkala, wujud salah faham bahawa dengan hanya menyediakan WASIAT, kesemua isu harta pusaka akan diselesaikan dengan sempurna dengan kos pengurusan harta pusaka yang MAHAL Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa situasi seperti ini adalah satu PENGANIAYAAN bukan sahaja kepada pemilik harta yang telah bertungkus-lumus mengumpul harta sepanjang hayat mereka tetapi juga kepada waris-waris. Wasiyyah Shoppe sentiasa berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan di mana waris akan menerima harta pusaka secara PERCUMA atau pada kos yang paling minima. Kami begitu yakin dan percaya bahawa apabila waris-waris menerima harta pusaka dengan tepat, cepat dan PERCUMA, tidak akan timbul lagi rasa tidak puas hati dan seterusnya mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa mereka yang telah merancang harta pusaka dengan sempurna. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh / solehah adalah antara amalan mulia yang tidak akan putus dari seorang anak selepas kematian ibu bapanya.



Ikrar Wasiyyah Shoppe

    Bekerja bersungguh-sungguh membantu umat Islam merancang dan menyelesaikan masalah harta pusaka mereka semata-mata kerana Allah SWT.
    Bekerja dengan hati yang tulus, ikhlas dan jujur dengan niat utama untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT di samping memperoleh rezeki yang diberkati Nya.
    Belajar bersungguh-sungguh segala ilmu yang berkaitan dengan perancangan dan penyelesaian harta pusaka Islam dengan tujuan untuk disebarkan kepada masyarakat semata-mata kerana Allah SWT.
    Sentiasa memberikan maklumat yang tepat dan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan semata-mata kerana Allah SWT.
    Bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain dan mengamalkan prinsip kerja berjemaah semata-mata kerana Allah SWT.
    Sentiasa mengamalkan prinsip sangka baik hanya kepada Allah SWT.

 

 

Objektif Penubuhan Wasiyyah Shoppe Berhad

Berdakwah kepada masyarakat Islam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW melalui instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah.

Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah sepenuhnya.

Mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Amanah dan Dokumen Waqaf.

Memelihara keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian pelanggan.

Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tuntutan harta pusaka dengan cepat dan pada kos yang paling minima.

Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penggeraknya.






Ahli Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad

Dato Ahmad Khairummuzamil Mohd Yusof
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH

En Ariffin Sabirin
PENGARAH

En Azrin Sabirin
PENGARAH

Dato Izham Yusoff
PENGARAH

Dato Zabir Bajuri
PENGARAH




Ahli Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad
Ahli Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad

 

 

Jawatankuasa Penasihat Wasiyyah Shoppe

Ustaz Mohd Ridzuan Awang
PENGERUSI

Ustaz Mohd Zamro

Ustazah Dr Noor Lizza Mohamed Said

Pn Nurul Huda Abdullah

Tn Hj Sulaiman Kadimi

En Azrin Sabirin

Rn Arifin Sabirin

Dr Nasrul Hisyam Nor Muhamad

En Affendy Nanyan





Jawatankuasa Penasihat Wasiyyah Shoppe Berhad
Jawatankuasa Penasihat Wasiyyah Shoppe Berhad

Penasihat Pengurusan Pusaka Wasiyyah Shoppe Berhad

SULAIMAN BIN KADIMI Wasiyyah Shoppe
TN HJ SULAIMAN BIN KADIMI


BIODATA TN HJ. SULAIMAN BIN KADIMI

Dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat Johor pada 9hb Ogos 1953, Tn Hj Sulaiman Kadimi berkelulusan B.A Economics (Universiti Malaya) pada tahun 1976 dan D.P.A (Lanjutan) dari universiti yang sama pada tahun 1984. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Kota Bharu Kelantan dari tahun 1976-1977 sebelum kemudiannya bertugas di Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai Pegawai Perangkaan dari tahun 1977-1980.

Kerjaya di dalam bidang pengurusan harta pusaka bermula pada tahun 1980 apabila beliau mula bertugas sebagai Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka di Kuala Selangor. Pada tahun 1985, beliau bertugas di Pejabat Pesaka Kecil Wilayah Persekutuan sebelum bertukar pula ke Pejabat Pesaka Kecil Kuala Pilah dan Seremban sehingga tahun 2000.

Kecemerlangannya membawa beliau kepada jawatan Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan dari tahun 2000 – 2005. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Pahang pada tahun 2011. Pengalaman pengurusan pusaka selama 31 tahun itu kini digunakannya bagi mempercekap dan memantapkan proses pengurusan harta pusaka pelanggan Wasiyyah Shoppe.



Sila rujuk untuk maklumat terkini dan lebih tepat = http://wasiyyahshoppe.com.my










Copyright © Mypusaka Wasiat Hibah Designed by azhafizah.com