Jom Buat Wasiat dan Hibah secara Mudah! Whatsapp FairuzRamli 0134555888 sekarang!

Harga Buat Hibah dan Wasiat

Harga Buat Hibah dan Wasiat 

buat hibah
buat hibah 



Rancang Harta Anda Hari Ini: Panduan Servis Wasiat dan Hibah Bersama Awaris Amanah Warisan Berhad

Adakah anda mula terfikir tentang masa depan waris dan keluarga anda? Perancangan awal melalui instrumen wasiat dan hibah adalah langkah paling bijak untuk mengelakkan sebarang konflik, perebutan, atau pembekuan harta pada masa hadapan.

Jika anda sedang mencari maklumat lanjut dan berminat untuk merancang dokumen hibah yang terjamin, Awaris Amanah Warisan Berhad menyediakan solusi perancangan pusaka yang menyeluruh. Perkhidmatan kami terbuka kepada semua umat Islam (dan juga bukan Islam) serta meliputi seluruh kawasan di Malaysia.

Berikut adalah 3 produk dan servis utama yang ditawarkan oleh pihak Awaris:

1. Perancangan Perwarisan (Dokumen Wasiat & Hibah)

Bahagian ini sangat penting bagi anda yang masih hidup dan ingin memastikan setiap titik peluh harta anda diagihkan mengikut hasrat yang sebenar.

  • Penulisan Wasiat (Islam & Konvensional)

    • Wasiat Islam: Ini adalah dokumen rasmi khusus untuk orang Islam bagi melantik wasi (pentadbir), menyenaraikan segala harta alih dan tak alih, serta menetapkan pengurusan wasiat 1/3 bahagian (untuk tujuan amal jariah atau individu bukan waris).

    • Wasiat Konvensional: Dokumen penulisan khas untuk bukan Islam bagi menyenaraikan aset dan menetapkan kaedah pembahagian harta tersebut.

    • Harga: RM500 sahaja.

  • Deklarasi Hibah Amanah (Harta Tak Alih)

    • Adakah anda mempunyai rumah (sama ada sudah habis bayar atau masih dalam pinjaman bank), kedai, mahupun lot tanah? Dokumen hibah ini memastikan aset kekal anda dipindah milik secara mutlak kepada penama yang anda sayangi.

    • Kelebihan: Harga yang dikenakan adalah kekal tanpa mengira berapa banyak bilangan harta tak alih yang anda miliki!

    • Harga: RM1,000

  • Deklarasi Hibah Amanah (Harta Alih)

    • Servis ini direka khas untuk melindungi aset cair anda seperti akaun simpanan bank, akaun pelaburan, saham, serta polisi takaful dan insurans.

    • Kelebihan: Sama seperti harta tak alih, tiada had bilangan akaun yang ingin dimasukkan ke dalam dokumen hibah ini. Semuanya dilindungi dalam satu harga.

    • Harga: RM1,000

2. Pentadbiran Perwarisan (Awaris Urus Pusaka)

Selain perancangan awal, Awaris juga merupakan pakar dalam menguruskan pentadbiran harta pusaka yang telah ditinggalkan, mengurangkan beban waris yang sedang bersedih.

  • Pentadbiran Pusaka Umum (Berwasiat / Tanpa Wasiat)

    • Kami membantu menguruskan pembahagian aset si mati dengan lancar.

    • Kadar: RM1,000 untuk yuran mula gerak kerja + 2% atas jumlah nilai aset. (Nota: Kadar 2% ini boleh dibincangkan dan bersifat fleksibel mengikut keadaan pewaris).

  • Pentadbiran Pusaka Automotif (Urus Pusaka Kereta/Motor)

    • Proses menukar hak milik kenderaan si mati kini tidak lagi merumitkan. Kos pengurusan adalah berdasarkan nilai pasaran kenderaan tersebut:

    • Nilai Bawah RM5,000: RM1,000 + kos berkaitan JPJ/Mahkamah/Institusi terlibat.

    • Nilai RM5,001 hingga RM20,000: RM1,500 + kos berkaitan JPJ/Mahkamah/Institusi terlibat.

    • Nilai RM20,001 hingga RM80,000: RM2,000 + kos berkaitan JPJ/Mahkamah/Institusi terlibat.

    • Nilai Lebih RM80,001: RM2,500 + kos berkaitan JPJ/Mahkamah/Institusi terlibat.

      * tertakluk kepada perubahan kos semasa

3. Konsultansi Tanah

Urusan tanah pusaka selalunya rumit, memakan masa, dan melibatkan banyak dokumen perundangan. Jika anda buntu tentang status pemilikan atau pembahagian geran, dapatkan khidmat nasihat daripada pasukan kami.

  • Perundingan Urusan Kes Tanah: * Harga dan caj perkhidmatan kami adalah bergantung sepenuhnya kepada tahap kerumitan (kompleksiti) dan isu berbangkit yang berkaitan dengan tanah tersebut.

Mula Rancang Perlindungan Harta Anda Bersama Awaris

Kelewatan bertindak boleh menyebabkan harta anda terbeku selama bertahun-tahun. Sama ada anda sekadar ingin menyediakan wasiat bagi melantik pentadbir yang dipercayai, atau menggunakan instrumen hibah demi menjamin masa depan keluarga, Awaris Amanah Warisan Berhad sedia membimbing anda pada setiap langkah.

Jangan tunggu sehingga terlambat, rancang legasi anda hari ini!



Read More »

Solusi Mypusaka

Solusi Mypusaka

Solusi Mypusaka
Solusi Mypusaka


Mypusaka mempunyai empat visi utama iaitu:

Sebar
dan kaedah urus pusaka mengikut perundangan Malaysia dan patuh syariah

Runding
Memberi khidmat runding berkaitan dengan perancangan harta dan pengurusan pusaka

Solusi
Menyediakankan solusi yang berkesan dan juga senang difahami dan mampu dimiliki

Bantu
Memberi bantuan pemilik harta membuat perancangan dan memberi bantuan kepada waris untuk mencapai hasrat si mati

Mypusaka
Mypusaka

Pusaka KUDS Sdn Bhd dengan jenamanya iaitu MyPusaka.info merupakan sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka ditubuhkan pada tahun 2016 . Penubuhan firma ini adalah khusus untuk membantu umat Islam di seluruh Malaysia berkaitan kepentingan perancangan harta dan tadbir urus pusaka dengan kaedah yang betul dan sistematik.

Mypusaka berpusat di Bandar Seri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. MyPusaka.info kini memiliki rangkaian cawangan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dan solusi pewarisan yang sesuai untuk mereka di samping menambahkan bilangan perunding-perunding bertauliah dan kaunselor urus pusaka di seluruh negara.

Perkhidmatan-perkhidmatan ada yang ditawarkan oleh MyPusaka adalah:
  1. Khidmat perancangan harta
  2. Khidmat urus pusaka
  3. Tele-Kaunseling percuma
  4. Kaunseling pusaka kepada waris
  5. Taklimat kefahaman faraid dan kepentingan tadbir urus pusaka percuma kepada organisasi-organisasi korporat, jabatan kerajaan, sekolah, masjid, surau, persatuan dan lain-lain
  6. Khidmat nasihat rancang manfaat pusaka
  7. Khidmat latihan/ bengkel faraid dan urus pusaka
Misi utama pihak MyPusaka.info adalah untuk menjadi pencetus revolusi industri pewarisan di Malaysia dan membantu kemashalatan umat Islam di seluruh negara dengan menawarkan perkhidmatan yang profesional, cekap dan mudah dengan  menawarkan rangkaian perkhidmatan yang mampu milik, berkesan, menyeluruh demi memenuhi tuntutan hasrat pelanggan selaras dengan perundangan dan syarak.

“Wariskan Dunia Demi Akhirat”



 
Read More »

Cara Jadi Ejen Wasiat Hibah

Cara Jadi Ejen Wasiat Hibah

Cara Jadi Ejen Wasiat Hibah
Cara Jadi Ejen Wasiat Hibah
Anda mencari-cari maklumat bagaimana nak jadi seorang ejen atau konsultan wasiat hibah?
Mungkin pengalaman anda menguruskan pusaka arwah ibubapa atau adik beradik memberi satu kesedaran tentang pentingnya wasiat dan hibah?
Betul, orang yang telah mengalami perit jerih menguruskan pusaka sahaja yang faham kesukaran tanpa ada dokumen wasiat hibah yang lengkap dan tersusun.

Peluang Jadi Ejen Konsultan Wasiat Hibah

Adakah anda berminat nak jadi ejen Wasiat dan Hibah? Anda serius? Inginkan kerjaya fleksibel dan kebebasan kewangan tanpa had. 

Kelebihan Jadi Ejen Wasiat Hibah

fleksible waktu kerja ejen wasiat hibah
fleksible waktu kerja ejen wasiat hibah
1) Fleksibel, boleh secara part time atau full time
tiada had pendapatan ejen wasiat hibah
tiada had pendapatan ejen wasiat hibah
2) Peluang pendapatan tanpa had
insentif ejen wasiat hibah
insentif ejen wasiat hibah
3) Peluang melancong dan insentif dari syarikat
value added ejen wasiat hibah
value added ejen wasiat hibah
4) Tambahan servis kepada pelanggan anda sedia ada (saya faham, anda telah ada biz sendiri dan ada database client sendiri. Anda boleh offer wasiat hibah sebagai added value services)
Support 24 jam ejen wasiat hibah
Support 24 jam ejen wasiat hibah
5)  Anda bebas bergerak sendiri dan dapat sokongan ilmu teknikal melalui telefon dan whatsapp direct daripada saya 24 jam(only for my team). Ask me bro, i'll try my best to support u!
part time kerja ejen wasiat hibah
part time kerja ejen wasiat hibah

Secara Part Time atau Full Time?

Tahukah anda Ejen paling berjaya (Sales Terbanyak) adalah daripada Ejen Part Time?

Ubah kewangan anda dengan peluang perniagaan khidmat servis professional dan menyumbang kepada menegakkan Syiar Islam :)

Insha Allah....saya buka jalan untuk anda.
komisyen ejen wasiat hibah
komisyen ejen wasiat hibah

Jom Kira Contoh Komisyen Jadi Ejen Wasiat Hibah?

Bulan Pertama:
1- Sale Pelan Warisan 1 client RM954 X 20% = RM190.80

Bulan Kedua:
1- Sale Pelan Warisan 5 client RM954 X 20% = RM954
2- Sale Pelan Kasih 1 client RM3074 X 20% = RM614.80
Total: RM1568.80

Bulan Ketiga:
* Dah mula buat seminar taklimat di organisasi, ceramah di surau, group coaching:


1- Sale Pelan Warisan 10 client RM954 X 20% = RM1908
2- Sale Pelan Kasih 5 client RM3074 X 20% = RM3074
3- Sale Pelan Amanah 5 client RM5194 X 20% = RM5194
Total: RM10,176.00

* Ini kiraan sale normal untuk orang yang buat aktif part time ye

Ok kan? Sebenarnya tak susah sebab ramai yang memerlukan solution, cuma anda belum sampai kepada mereka mereka ini. Jom sertai kami


daftar jadi ejen wasiat hibah
daftar jadi ejen wasiat hibah

Siapakah Mypusaka?

Ramai yang belum kenal mypusaka. Mypusaka merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan urusan pusaka orang islam dan juga memberi konsultasi kepada orang ramai tentang urusan dan perancangan pusaka.

Syarikat mypusaka berpusat di Bandar Seri Sendayan, Seremban dan kini mempunyai cawangan di hampir kesemua bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.

Hasrat utama mypusaka adalah untuk memberikan solusi mampu milik kepada lebih ramai orang islam di Malaysia seterusnya membantu kebanyakkan urusan pusaka yang tidak terurus.

 

Cara Nak Join Jadi Ejen Wasiat Hibah MyPusaka:

1- Daftar Jadi Ejen Wasiat Hibah MyPusaka Online <KLIK SINI>
2- Bayar Yuran RM250 ke <GERBANG PEMBAYARAN MYPUSAKA>

 Sila masukkan maklumat di bahagian Additional Information : Upline Mypusaka 170290
3- Hadir Kursus Induksi 2 hari <SEMAK JADUAL DAN REGISTER SINI>
4- Lulus Ujian Online (akan dihantar ke dalam emel anda)


Sila hubungi saya dengan whatsapp 5 info berikut:
1- Nama Penuh
2- Umur Tahun ini
3) Lokasi anda
4) Kerjaya sekarang
5) Pengalaman dalam bidang sales (jika ada)

Whatsapp En Fairuz = <KLIK SINI>

Satu Malaysia! Secara ONLINE pun boleh....
Read More »

Mymirath Amanah

Mymirath Amanah

Mymirath Amanah
Mymirath Amanah


Apakah pelan mymirath amanah ni? Pelan ini adalah pelan yang mempunyai wasiat, hibah dan surat ikatan amanah dalam satu pakej. Boleh dikatakan pelan ini lengkap dan kuat di Mypusaka.

Apa wasiat, hibah dan surat ikatan amanah?

Wasiat = dokumen pesanan pembahagian harta pusaka
Hibah = dokumen pemberian harta secara hibah
Surat Ikatan Amanah = dokumen mengikat individu untuk melaksanakan arahan berkaitan harta khususnya tanggungjawab ke atas waris penerima harta tersebut. Jika tidak dilaksanakan, individu tersebut telah melakukan pecah amanah dan boleh dijatuhkan hukuman sivil. Anda boleh buat laporan polis atas individu tersebut.

Siapa yang perlukan pelan mymirath amanah ni?

Bukan semua seorang memerlukan pelan mymirath amanah ni. Ya, anda perlukan hibah tapi tak semestinya anda perlukan surat ikatan amanah. Jadi macam mana nak tau saya perlu atau tak perlu mymirath amanah ni?



Mymirath amanah untuk anak bawah 18 tahun
Mymirath amanah untuk anak bawah 18 tahun

1) Anda mempunyai anak di bawah 18 tahun. Disebabkan penerima hibah tidak boleh buat dokumen  hibah, maka biasanya ibu akan menjadi wakil untuk terima hibah tersebut. Seterusnya, ibu diikat dengan surat ikatan amanah untuk melaksanakan pembahagian, contohnya apabila mencapai umur 18 tahun ke atas, ibu bertanggungjawab untuk menukar hakmilik rumah kepada anak-anak.

mymirath amanah untuk anak OKU
mymirath amanah untuk anak OKU
2) Anda mempunyai anak kelainan upaya (OKU). Di mana, biasanya ibu diberi hibah harta tertentu tapi diikat supaya duit sewa rumah atau dividen suatu pelaburan digunakan untuk menyara hidup anak kelainan upaya tersebut.


Apa fungsi surat ikatan amanah?

Surat Ikatan Amanah Mypusaka
Surat Ikatan Amanah Mypusaka
- Mengikat individu untuk menukar hakmilik harta kepada waris apabila waris capai umur 18 tahun ke atas.
- Mengikat individu untuk menjaga harta dan tidak menjualkan harta tersebut bagi pihak waris bawah umur atau waris OKU.
- Mengikat individu untuk mengagihkan hasil, sewa, dividen, keuntungan kepada waris bawah umur atau waris OKU.

Nampak tak kepentingan pelan mymirath amanah? Pelan mymirath amanah sangat membantu dalam mengunci dan mengikat secara undang-undang, tanggungjawab seorang individu untuk melaksanakan hasrat pemilik harta.

Bukan bermaksud, pemilik harta tidak percaya kepada penerima hibah, tapi dengan pemberian surat ikatan amanah ini memberi kuasa dan hitam putih untuk individu yang diikat ini melaksanakan tanggungjawab tanpa dipersoalkan oleh pihak lain yang tidak percaya. Katakan ibu saudara yang dilantik untuk melaksanakan surat ikatan amanah. Mungkin saudara mara lain buruk sangka kepada ibu saudara ini. Jadi dengan adanya surat ikatan amanah ini, semua orang jelas dengan arahan dan takkan persoalkan lagi.

Adakah anda memerlukan mymirath amanah? Jika ya, teruskan. Jangan semata-mata hibah sahaja kerana kes anda, dokumen hibah tidak mencukupi untuk melaksanakan hasrat anda. Mymirath amanah mampu memberi kelegaan untuk anda kerana selagi anda tidak membatalkan surat ikatan amanah ini, selagi itu individu tersebut terikat untuk melaksanakan arahan mahupun selepas kematian anda 10-30 tahun dari sekarang.
 


Berminat?

Ikuti Langkah Cara Buat Wasiat Hibah Secara Mudah <SINI>



Read More »

Mymirath Kasih

Mymirath Kasih

Mymirath Kasih
Mymirath Kasih


Apakah pelan mymirath kasih ni? 

Pelan ini adalah pelan wasiat dan hibah dalam satu pakej. Wow! Ini terbaik sebab biasanya ada wasiat sahaja dan bila ada hibah, kosnya terlalu mahal untuk satu harta sahaja.

Dalam pelan mymirath kasih ni, hibah adalah percuma sehingga 8 harta! Ini tanpa mengikut nilai semasa harta tersebut. Pelan ni pelan paling popular di Mypusaka.

Mymirath kasih menjadi kritikal kepada orang-orang tertentu contohnya:

Pasangan tiada anak
- Bahagian isteri hanya 1/4 jadi selebihnya mungkin akan jatuh kepada ayah, emak, adik beradik arwah suami dan untuk kes lebih kritikal jatuh kepada pihak baitulmal.

Pasangan ada anak perempuan sahaja
- Ramai anggap adik beradik arwah akan serahkan begitu sahaja, betul pada teorinya, namun kena lihat realiti kes, isteri dan anak-anak perempuan tidak mendapat 100% harta pusaka arwah kerana pertelingkahan faraid pusaka.

Pasangan ada anak angkat
- Realiti adalah dalam kerabutan pertelingkahan faraid, bahagian anak angkat yang tiada dalam pembahagian, biasanya akan terpinggir kerana tiada siapa yang sudi menyerahkan bahagian masing-masing kepada adik beradik angkat kerana sayangkan nilai pusaka.

Mualaf bujang
- Jika mualaf ini mempunyai harta dan tiada sebarang hibah dibuat, biasanya akan diserahkan kepada baitulmal. Ini menyebabkan ahli keluarga yang tidak masuk islam, tidak dapat mewarisi harta tersebut. Sebaiknya mualaf mempunyai kesedaran untuk membuat hibah atas harta dimilik kepada adik beradik atau emak ayah bukan islam (kelebihan hibah ialah hibah tidak wajib kepada orang islam. Penerima boleh jadi sesiapa sahaja).

Cuba lihat contoh keperluan hibah sebuah keluarga yang Biasa kita lihat: 


ITEM
STATUS
1
Rumah sedang duduk (warisan arwah ayah)
HIBAH
2
Rumah beli untuk invest (masih dalam loan, ada mrta/mltt)
HIBAH
3
Akaun ASB
HIBAH
4
Akaun Unit Trust
HIBAH
5
Akaun Maybank
HIBAH
6
Akaun CIMB
HIBAH
7
Kereta (masih dalam loan dan ada autolife/takaful loan)
HIBAH
8
Tanah pusaka (nama ada dalam geran)
HIBAH

Saya kira, cukuplah 8 ni. Tapi jika ada keperluan, sekiranya ada lebihan harta untuk dihibahkan, anda perlu tambah RM400 dan SST 6% untuk setiap item harta.

Dalam pelan mymirath kasih:

1) Ada dokumen hibah
= dokumen ini lengkap dan valid untuk proses hibah. Anda perlu faham, bukan sebarang orang boleh tulis dokumen hibah. Ramai sangka, tulis atas kertas A4, tulis nama, tarikh dan tanda tangan, cop pesuruhjaya sumpah dan mati setem dah valid. Saya pernah lihat dokumen hibah ditulis sendiri dan siap pesuruhjaya sumpah ditolak dan akhirnya tak valid.

2) Akad Pemberi Hibah
= dokumen akad pemberi hibah lengkap dengan saksi dan dirakam video.

3) Akad Penerima Hibah
= dokumen akad penerima hibah sangat penting kerana, ia membuktikan penerima redha dan setuju terima dan akan dirakam video juga.

4) Saksi dokumen hibah
= semua proses tanda tangan oleh saksi yang layak dibuat dan dirakam.

Kenapa Pelan Mymirath Kasih ni Power?

Pelan Mymirath Kasih
Pelan Mymirath Kasih

1) Mymirath Kasih adalah sebuah dokumen lengkap bertulis, bertarikh dan bersaksi.
2) Pemilik harta maklum tentang syarat-syarat hibah dalam mymirath kasih.
3) Penerima hibah juga maklum tentang syarat-syarat hibah dalam mymirath kasih.
4) Harta yang dihibah boleh disemak syarat untuk penuhi syarat hibah dalam mymirath kasih.
5) Mematuhi syarat dokumen perundangan! Jangan main-main, ini serius dan kritikal. Dapatkan mymirath kasih, hanya daripada mypusaka sebab ianya valid dan terbaik.


Harga Mymirath Kasih
Harga Mymirath Kasih

Berapa harga Mymirath Kasih?


RM2900 jika bayar penuh. Berpatutan kan harga ni? SNP rumah pun dah 3-5 ribu. Baru cover satu harta je. Ini kesemua harta anda...fuhh...




Berminat?

Ikuti Langkah Cara Buat Wasiat Hibah Secara Mudah <SINI>



Read More »

Copyright © Mypusaka Wasiat Hibah Designed by azhafizah.com